Powered By Blogger

Friday, January 22, 2010

mencari titik penyudah

Mood: bangun tido terus on laptop dan terasa nak menulis sesuatu :')

maaf kesibukan yang melanda akhir-akhir ini membuatkan aku teramat keletihan untuk update belog sendiri. Tapi ya bukan alasan sebenarnya untuk menjadi penulis belog berjaya lagi hensem..YA YA ambil maklum perkataan hensem itu.
dalam hidup ini, kadang kala kita akan berjumpa satu keadaan atau perkataan gempak sikit senario (wah, ayat bos..tapi bukan senario yang ada 4 org tu ya) dimana kita mungin berhadapan dengan situasi yang sukar untuk kita buat keputusan. kita cuba untuk buat tapi..eerrrrkkhh..sukar..ya bunyinya sungguh sukarkan. begitulah yang dirasai kini. Kita rasa apa yang kita buat selama ini betul. kita rasa kita sudah cukup matang dalam menilai erti hidup. tapi kita juga boleh jadi silap dengan tanggapan-tanggapan klise itu.
jadi kesimpulan hakiki ialah bertanya orang sekeliling tentang diri kita. tanya lah banyak-banyak (ini menunjukkan memang banyak) kali sampai org sebelah rasa nak siku je buah pinggang kita. buat dia sampai boring. asalkan kita dapat jawapan yang kita nak. pertanya itu perlu lah berkisar tentang persepsi dia terhadap cara kita membawa diri, perawakan (tak faham cek buku teks Jasmani Form 4) dan cara kita deal dengan masalah. lepas itu baru kita tahu samada kita ini matang ke belum lagi. mungkin masib perlu tidur dalam kepompong sebab belum matag. wah, comel macam rama-rama kecik T T diri rasa teruja.
dalam pada mencapai titik penyudah itu, percayalah kita akan lalui pelbagai pengalaman. titik penyudah yang dimaksudkan ialah pencapaian ke arah penyelesaian sesuatu masalah atau pencapaian dalam hidup.. kahwin ke.. wow! : ) gatal nik zurina ni. kena beritahu Cik Milah
cepat-cepat baru dia rasa ada urgency kena cari teman sekarang..ya sekarang! :P
Okay Okay.. noted. inilah kejadian jika baru bangun tido terus nak menulis sesuatu. mungkin bau yang unik dari badan sendiri menyebabkan perasaan itu tercetus. bagai diletakkan gula melaka ke atas fuji snow pula! hem..yummy! nak FUJI SNOW!!!!!
-TAMAT-

Friday, January 8, 2010

apabila teman kamu berumah tangga

ceritanya begini. aku baru mendapat panggilan dari my gf dimana beliau menyatakan kawan-kawan lain telah kahwin. oh, tiada apa perlu dirisaukan aku membalas dengan selamba seprti tiada perasaan T T lihat, aku ok KAN? tapi aku cakap umur 25-26 adalah waktu yang sedang elok molek comey ganteng untuk kahwin. bagaimana dengan gf aku itu? YA, dia juga belum mempunyai steady bf, sama seperti aku yang masih single mingle dan jingle! jadi, dia ialah under one roof sepizzahut dengan aku.. *syumul sekali jawapan.
Jadi apabila diwaktu ini kita belum mempunyai bf pada umur 26, YA ulang dengan jaya, 26! kita tak perlu risau sebab angka 3 masih jauh lagi. tak perlu nak duduk dihujung jambatan sambil memegang bunga dan mencabut kelopaknya satu persatu seperti dalam drama korea. Kita hanya perlu releks dan cuba mencari alternatif lain seperti keluar berfoya-foya dengan GFF's atau melepak di kedai mamak sambil tu boleh belajar buat roti canai. silap hari bulan mamak tu masuk meminang kita : )
Oleh demikian, kepada rakanku yang satu itu, janganlah anda cuak, kerana aku pun CUAK JUGAK woh!!!
ok cerita pasal jodoh menjodohkan ni kita sambung dilain rancangan.

Wednesday, January 6, 2010

topik hari ini: kenapa pilih lelaki berusia?

topik kali ni agak matang sedikikit, tapi itulah yang ada dalam fikiran sekarang lepas baca satu artikel dalam dara.com.

bila cakap pasal lelaki berusia, mesti ingat orang tua ganyut yang kubur cakap wellcome, rumah cakap go ahead! :P tapi lelaki berusia ni pun banyak kategori. mungkin tua setahun dari kita (tu pun da kira berusia juga), lelaki tu mmg da tua seperti ayat diatas, atau lelaki tu muda tapi gaya macam org tua (e, ada juga la yg macam ni-macam atok-atok je T T )
Anyway, kenapa perempuan sekarang cenderung pilih lelaki lebih tua? sebab dia berduit? sebab dia hensem? sebab dia lebih matang dari kita? sebab di pandai mengayat? atau sebab dia bessstt! T T *aku ke yang cakap macam ni*

hum, terlalu banyak persoalan kan?. tapi yang aku baca ni, sebab matang dan bertimbang rasa, kelakar, pandai ambil hati dan dll (lagi cikgu BM marah guna dll)Tapi bagi aku, semuanya tentang jodoh. Kalau da jodoh dan takdir dapat lelaki lebih berusia, kena la terima juga. sebab usia bukan kayu pengukur yang tepat kepada individu. ada lagi elemen-elemen lain yang memainkan peranan yang penting. it's all about jodoh :) sepanjang hidup aku, banyak aku jumpa lelaki berusia, dan ternyata mereka berbeza dengan lelaki yang sebaya dengan aku atau tua 1-2 tahun dr aku. Cara berfikir, bercakap, menyesuaikan diri dengan org sekeliling, mmg berbeza. mungkin kerana pengalaman hidup mereka. tapi satu la yang aku tak bole blah, gaya kureng menepati citarasa aku..sbb hihi gaya org tua kan..faham-faham la T T sukar nak terima.. macam bapak-bapak orang pun ya juga! :P Tapi mungkin ada contranya juga, sbb dari apa yang aku lihat mereka ini ada juga yang pandai manipulate orang terutama sekali org yang masih mentah atau terlalu muda. jadi, hati-hati dijalan raya! Jangan sampai tertipu dan ditipu! Rugi woh..kita tipu dia takpe *bergurau tapi serius* T T

Anyway, ini cuma pendapat aku dan terasa nak share disini. Masing-masing ada pendapat sendiri KAN? so, terpulang la. Apalagi, perlu tepukan disini! sila berdiri dan tepuk dgn kuat! (^_^)

Monday, January 4, 2010

ups, saiz jeans sesuai bentuk badan

ceritanya begini. aku ikhlas lagi syumul nak mencari seluar jeans. sebab acapkali nak beli, seluar mesti sangkut tak boleh nak zip, ups.. atau paling sukar, tak boleh nak sarung pun *menampakkan lemak sendiri yang banyak T_T bahahaha

okeh, ini diambil dari majalah dara.com yang comel dan aku sangat suka beli (even skip-skip)
~moving on, baru tau ada beberapa jenis jeans:
1) straight cut (ni budak darjah dua pun tau)
2) boot cut (sama seperti di atas)
3) super flare
4) skinny (sure aku tak muat)
5) wide leg
6) trouser cut
7) hight waist

Tips pilih seluar supaya tak bazir masa berharga=emas kamu! cekidaud below:
**pilih la 3 saiz seluar yg lain-lain. so tak payah terhegah-hegeh nak lari dan dapatkan seluar
yang lain kalau tak muat seluar yg dicuba
**dun forget, belt boleh lengkapi penampilanmu! :)
**pilih baju yg boleh disesuaikan dgn banyak jeans (kebanyakan baju aku mmg suit, tapi banyak
juga yang beli tak pakai atau tak dapat nak pakai *zurina, kamu patut sedar ni berat dah
bertambah*)
**pemilihan underware yang tepat juga bakal memberi bentuk pada bahagian pinggul *suka-
suka :)*
**kasut juga perlu sesuai utk digayakan dengan jeans! ini part paling best, pakai kasut bertumit
tinggi supaya kamu bukan saja kelihatan ANGGUN ulang ANGGUN tetapi langsing *yang ni
slowwww sikit*

Oke, cubalah secukup rasa! :)

peminat pertama saya :')

hari ini hari isnin, 4 januari 2010. hari bersejarah sebab dapat fan pertama, cik faradilla :) dia suka baca thread aku dan paling best dia janji nak belanja fuji snow sabtu ni di teppanyaki (atau sbb dia da terpikat dengan hasan yang kerja dkt situ, ntah zurina ni banyak gosip)

aku perlu teruskan usaha menulis dalam blog ni yang seakan baru nak belajar berenang sbb masih new born. teringat pula masa sekolah rendah suka tulis-tulis. suka tulis dalam buku biodata, lepas tu komen sendiri apa yang aku tulis. tapi kalau tunjuk dekat kawan2 lama sure gelak sampai terguling-guling macam tenggiling :P apa kaitan dgn tajuk T_T miahahaha

Fara darling, terima kasih atau bahasa mudah, toceh-toceh sbb sokongan yang tak berbelah bahagi kepada belog saya ni. Sabtu ni kamu dapat makan fuji snow free! T_T wuwu *lihat sekeliling sbb nak cari duit kecik dlm wallet*

Sunday, January 3, 2010

2010 - azam yg harap jd kenyataan

Salam ;)

Ini first entry dlm belog saya. Belog baru, harapan baru dan semangat juga baru. Antara azam 2010 yang diharap dapat dicapaikan tahun ini dan jgn berlalu spt air yg deras (ayat sekola Form 3), adalah seperti berikut:-

a. berharap sambung Master (tapi belum tau mahu major apa)
b. berharap dapat beli kamera SLR yang dikatakan canggih sbb diri sendiri pernah miliki sekejap
c. berharap dapat ke 'tempat baru' yang diidamkan sbb dah lama sgt berfikir bila hendak gerak-
gerak khas ke sana
d. berharap dapat kurangkan berat badan ke tangga-55 (azam thn lps tapi belum terjadi-
spatutnya ini jadi no.1, ups!)
e. berharap dapat menjadi insan (bukan insane) yang lebih baik untuk keamanan sejagat dan
org2 yang aku sayangi disekelilingku, muah u oll's!

Kali ini, aku tekad perlu laksana azam ini pada tahun 2010, 1431 Hijrah. InsyaAllah, doa semoga hasrat dan keinginan tercapai, ada berkat dan dimudahkan. Amin. (-_ -")

Nikky-pengendali belog

gagau di