Powered By Blogger

Saturday, January 29, 2011

Kesibukan di luar kawalan. Harap dapat pinjam alat doraeman.

Maikkk aiihhhh bersawang-sawanggg haaaa velog den ni.. humm sungguh memualkan bau disini. Maap la lama sangat tak update velog. Nak ucapa Welcome 2011 pun rasa dah tak layak lagi. Ok, kau sadap.
Anyway, aku hari ni belajar buat puding lychee :B mungkin sedap, ntah. Aku belum rasa. (tipu, kau dah melantak tadi)
Memasak, hobi sampingan aku sekarang. Dah tak tau nak buat apa, dan konon nak buat sesuatu yang berharga dlm hidup (selama ni mungkin aku byk buang masa, kesian)
Takde bf kot punca aku belajar masak (alasan). Tp, aku bersyukur juga sbb melalui masakan, hubungan aku dan emak bertambh erat dan teguh. Kami mula bercita-cita membuka belog masakan (dan dah pun direalisasikan).. bersama-sama membeli bahan-bahan masakan, perkara yang aku tak buat sebelum ni sebab alpa dok merambu kat luar ;p
Ok, cuma aku rasa aku kena kikis perasaan malas mengupdate belog ni. Ni kan cita-cita aku tahun 2011 (isk, selalu buat2 lupa salahkan semut) Aku sendiri kena berubah sebab segala0galanya bermula dari diri sendiri! yeahhhh!!! Cargasss!!!!!! (ZzZzzzZZ) -_-"
-Bye!

Tuesday, December 7, 2010

merindui kemesraan itu :'(

Yah, kini aku dilanda kerinduan. Kepada GFF yang dah sekian lama tidak ketemu. oh, mungkin sibuk disana ya.. (ayat surat). Cuma teringat saat saat kita menghabiskan masa di pusat membeli belah dan karaoke. Wah! sungguh seronok tika itu. Bila lagi ya kita akan berjumpa wahai sohabat-sohabat? Menunggu panggilan dari kamu semua, ya, kamu, GFF! :'(

Sunday, November 14, 2010

Act Like A Lady, Think Like A Man - Steve Harvey

Ya, ya currently struggle mengabiskan buku ni. Hummm banyak pages lagi to go..its ok, aku enjoy membacanya. Anyway, buku ini tentang sesebuah hubungan, apa yang bersarang dalam minda lelaki-lelaki diluar sana yang kadang kala bila mereka bertindak, kau pun tak faham. macam nak jerit kuat-kuat kat telinga dia dan cakap "Kau ni APAHAL haaaa???"
tapi sebab kau masih ada sifat kefemininan, maka hasrat suci itu dilupus begitu sahaja T_T
Moving on, setakat pembacaan aku pada hari ini, aku boleh simpulkan makhluk bernama lelaki itu ada beberapa jenis sifatnya yang disandarkan kepada beberapa perbuatan. Hummm..macam komplikated dan aku sendiri tak faham! Kwang, kwang, kwang.. ;p
Lelaki, beliau ini mempunyai 3 sifat asas yang perlu ada..sebab mereka ni dilahirkan dengan naluri "manhood". Maka sifat ini dizahirkan dengan 3 perkara tadi iaitu Profess, Provide dan Protect yang dijelaskan sebagai:
Profess - kalo betul la kau ni jadi pojaaan hatinya, dia tanpa segan silu, pendek kata muka tak malu nak cakap satu dunia yang kau cik gf. Tapi kalo dia masih so-s0 dengan kau, dia takkan lakukan, paling teruk dia cakap "Hei, kenalkan, Nik" ~sebut nama kau je, tak cakap pun jawatan kau dihatinya! (V_V)
Provide - lelaki ni naturally, dia akan sediakan semua keperluan asas kau and ur kids (if any), walaupun dia sengkek ke hapa, dia akan cuba juga. Sebab naturally, nalurinya memang ada rasa ingin MEMBERI/MENYEDIAKAN untuk insan-insan tersayang dia. Like my Ayah! :)
Protect - ini paling best, sebab kalo lelaki tu benar-benar sayangkan kau, dia akan cuba melindungi kau sedaya upaya dari sebarang ancaman. Cth: Beliau dari kecil telah dilatih untuk menjaga ibu dan adik-adiknya bila bapa tiada dirumah. So kalau kau dating ke hapa, dia buat tak tau atau takde perasaan langsung bila ada mamat kacau kau, angkat kaki je lah beb!!! dan jangan lupa suh dia bayar bill! ngeh3.. ;p
Ok, ini sahaja for this time. I'll come back for more..jangan biarkan helaian buku menghantui hidup kau. So sila habiskan! Zasss!

Friday, November 12, 2010

NASI

entry aku kali ni simple je. pasal NASI. ya, NASI..iaitu makanan ruji masyarakat Asia dan kesukaan menjilat jari rakyat Malaysia, particularly aku, penggemar tegar nasi!
Melalui kajian kilat aku atas tajuk "keburukan nasi" dimana keluar macam-macam entry pasal nasi termasuklah tiba-tiba bertukar menjadi "kebaikan hati" *wtfish* nasi mengandungi perkara berikut:
1) Nasi menyebabkan kecanduan sebab kau tak makan sehari je dah rasa kelaparan dan merasa sangat ingin makan nasi lagi T_T
2) Suku-suku pada zaman batu yang tidak pernah makan nasi terbukti tak pernah mengidap tumor, Alzheimer, osteoporosis, ataupun Parkinson
*kalau kau tak makan nasi pun, ada kemungkinan gak ko kena penyakit-penyakit ni*
3) Makan nasi dapat menyebabkan rasa haus alias *mungkin author sebenar nak cakap si Alias, haus* menyerap air. Padahal tubuh kita sebahagian besar terdiri dari air
4) Dalam kondisi tertentu, makan nasi meningkatkan risiko kematian.
Misalnya makan nasi sambil jalan di tengah jalan tol
*terbit perasaan bercamPur baur antara nak ketawa atau geleng-geleng kepala*
dan yang paling tak boleh blahh ialah...
5) Makan nasi menyebabkan keinginan mengkonsumsi sayur dan lauk.
Misalnya nasi ayam (nasi + ayam goreng), nasi kucing (nasi + kucing goreng).
Hal ini boleh menyebabkan obesiti.
Dalam kulit kacang (in a nut shell) dari maklumat yang aku dapat:
SATU PUN TAK BOLEH PAKAI!!! KO MAKAN JELAH NASI TU DALAM KUANTITI TERKAWAL. LEPAS TU KAU BERLARI ATAS THREADMILL 2 JAM. KURUS KAU LEPAS TU WOOHH...SELAMAT MENCOBA PUAN-PUAN :)

i want nobody-nobody but u..

Alahai..tajuk tak boleh blahh macam bapuk ;p
ya, teringin menyatakan itu pada seseorang ketika ini (bukan kenyataan diatas ini, tapi tajuk entry, jelas, bukan??), moving on..ucapan kepada seseorang yang aku cuma boleh imagine, tapi belum ada. Cuma dalam khayalan, fantasi dan angan-angan yang akan sering bermain difikiran. Oh, kau lelaki kacak, tinggi, tegap, suka cakap, tidak buncit, berkaliber dan berkeyakinan, sepet dan pandai cakap omputih dari aku..ya, itula angan-angan kampung aku. sungguh drama aku ni. T_T
Rakan sekampung, fara (ya, kamu fara, follower setia aku), memberikan seputus kata dua kepada aku dan membuat aku berfikir sejenak yang umur akan mencecah angka bonus, iaitu 3, tahun depan. Angka klasik, idaman wanita tua.. T_T Tsk.
Apakah aku akan mempunyai sesiapa ketika angka misteri itu tiba? atau aku masih berteka silang kata akan kehadiran lelaki pujaan itu? ya, bertapa aku inginkan sebuah keluarga yang selain dilengkapi dengan peti ais, mesin basuh, blender dan lesung batu, ada suami dan kanak(s). teringin bergusti dengan kanak itu ketika memandikan beliau, membedakkan beliau dan mengejar beliau untuk dipakaikan pampers.. *oh, kau sangat bercita-cita tinggi*
Tapi, aku ada MISI! ya, misi ketika ini untuk menyambung apa yang telah terputus *bukan menyambung ekor beruang, itu keje si Sudin*..priority adalah Master! dan sekiranya ditemukan dengan seseorang lelaki, ketika menggalas title sebagai pelajar, i'll think about it, tetap.
Ok, ciao dulu. will update later! Zassss!

Tuesday, November 9, 2010

sawang ada dimana-mana

Uhuk-uhuk..bersawang blog aku ni. last kali update bulan April, sekarang dah November. Pengikut pun baru satu.. ya Fara, kamu orangnya T_T..
Tergerak jari jemari halus aku mahu menulis malam ini *setelah setiap malam terbongkang tidur tak tentu arah* ngeh3..
Baru-baru ini, aku jantung telah mengejutkan diri aku bahawa aku telah 'tertidur' agak lama selama ini. 'Tertidur' dalam erti kata buat bodohhhhh dan merambu-rambu tanpa memikirkan masa depan yang lebih cerah. Mungkin telah duduk dalam comfort zone agak lama, jadi telah lupa kepayahan dan kesusahan dalam mencapai segulung ijazah.
Dalam hubungan ini, terdetik dihati kecil aku perlu berbuat sesuatu segera sebelum aku benar-benar berumur 30 tahun! Antara resolusi yang tidak dapat dicapai ialah sambung Master tahun ini, and trust me ia menggangu fikiran aku sekarang! seperti gangguan bekalan elektrik yang sering terputus di pedalaman. Begitulah. Apa kau merepek haaa. T_T .Tsk.
Sama ada dalam negara atau luar negara aku tak kisah, tapi dilema sekarang ialah apakah bidang tersebut???

Saturday, April 17, 2010

pasangan, jodoh, mr.right

ya ya post kali ini sungguh bosan. ya tajuk juga tidak menyejuk mata memandang. tajuk klise ini timbul akibat daripada persoalan yang ditimbulkan seorang rakan pada satu malam ketika makan sup meletop. begini ceritanya.

dimulakan dengan dialog "kau tak rasa lonely ke?".. wah, sangat tiada kata-kata ketika mendengar. terasa jaaaauuuhhhh je ayat-ayat itu. ketika dia bertanya aku macam tiada di tempat kejadian. macam sedang nyenyak tidur disorongkan bantal T_T ya ya surina sila serius. ini melibatkan masa depan kamu.. sangat teruja sehingga nama sendiri salah eja. sekali lagi T_T
bukan tidak 'lonely' atau dalam bahasa mudah sunyi.sepi.sendiri.seorang (kenapa semua start dengan S..LOL)..moving on, aku memag ada la terasa semua S tu...ya nak jugak semua S tu tak kiwa tamak haloba sungguh. tapi belum benar-benar sedia dalam kata lain to settle down. tapi tidak bermakna nak tunggu no. bertuah saya, 30 datang menjelma bagai sakti.
terasa tercuit juga bila tengok kawan-kawan mempunyai boyfren belaka. tak molek pula asyik ajak mereka keluar. kerana mereka juga punyai kehidupan. dan bila mereka tidak free untuk keluar, masa itu barulah aku terasa semua perkataan S itu. cuma masih bernasib baik sebab budak 5 cekal ada dan sudi menemani :')

ya jadi pos gambar ini untuk jasamu dikenang


dan gambar ini juga untuk kelainan



















oh! ups! kakak yang kejam. jadi menggantikan dengan gambar ini.. he he he




















kesimpulan yang diperoleh dari semua gambar dan kenyataan berupa sebuah kenyataan diatas, beberapa tahun lagi target untuk menamatkan zaman bujang? jika tidak, habislah saya. sungguh berdedikasi ucapan tiba-tiba ini

:bye-bye:

gagau di