ceritanya begini. aku baru mendapat panggilan dari my gf dimana beliau menyatakan kawan-kawan lain telah kahwin. oh, tiada apa perlu dirisaukan aku membalas dengan selamba seprti tiada perasaan T T lihat, aku ok KAN? tapi aku cakap umur 25-26 adalah waktu yang sedang elok molek comey ganteng untuk kahwin. bagaimana dengan gf aku itu? YA, dia juga belum mempunyai steady bf, sama seperti aku yang masih single mingle dan jingle! jadi, dia ialah under one roof sepizzahut dengan aku.. *syumul sekali jawapan.
Jadi apabila diwaktu ini kita belum mempunyai bf pada umur 26, YA ulang dengan jaya, 26! kita tak perlu risau sebab angka 3 masih jauh lagi. tak perlu nak duduk dihujung jambatan sambil memegang bunga dan mencabut kelopaknya satu persatu seperti dalam drama korea. Kita hanya perlu releks dan cuba mencari alternatif lain seperti keluar berfoya-foya dengan GFF's atau melepak di kedai mamak sambil tu boleh belajar buat roti canai. silap hari bulan mamak tu masuk meminang kita : )
Oleh demikian, kepada rakanku yang satu itu, janganlah anda cuak, kerana aku pun CUAK JUGAK woh!!!
ok cerita pasal jodoh menjodohkan ni kita sambung dilain rancangan.
