Powered By Blogger

Monday, February 8, 2010

menanti sebuah jawaban

Pernah dengar lagu Padi, menanti sebuah jawaban? YA, lagu yang sangat bermakna dan bererti * makna dan erti bukan ke sama maksud? huhu (^_^)
OK sambung semula. kadang kala kita rasa penat apabila ternanti-nanti jawaban dari pihak lain. tunggu punya tunggu punya tunggu, tak dapat juga jawaban. seperti itu juga aku bosan menunggu jawaban dari pihak berwajib ttg PTK aku. dan Alhamdulillah, lulus! Ya, ia adalah seperti perasaan mahu ambil result SPM. seram woh.. T T -masih ingat lagi masa amik result SPM dulu sebab banyak drama airmata. Yelah, sedih sebab terharu cemerlang lagi terbilang ataupun ada juga kawan-kawan yang kecundang. tapi aku yakin mereka juga telah berjaya dalam bidang masing-masing diluar sana : )
tapi jawaban yang aku tunggu kali ini, ialah tentang masa hadapan. tentang diri. tentang kehidupan seterusnya. aku yakin bila dah terlalu lama jawaban yang ditunggu tak kunjung tiba. satu hari arah aku akan beralih. cuma masa dan ketika sahaja yang belum pasti. tapi aku yakin ia akan tiba. macam biskut chipsmore, kejap ada kejap lagi hilang kena baham. ngehngehngeh :P (baru teringat bancuhan cookies yang beli di econsave belum dibuat lagi biskut chipsmore. Emak pasti bising jika mengetahui ini. mahu nyorokkan di dalam periuk belang besar yang mak sangkut di dinding. tempat simpanan yang strategik)
moving on, aku ialah akan sabar menunggu. sehingga aku penat dan ingin berhenti. dan ketika itu, tiada siapa bisa menghalang, kecuali DIA, Yang Maha Esa...
.End.

gagau di