Powered By Blogger

Friday, January 8, 2010

apabila teman kamu berumah tangga

ceritanya begini. aku baru mendapat panggilan dari my gf dimana beliau menyatakan kawan-kawan lain telah kahwin. oh, tiada apa perlu dirisaukan aku membalas dengan selamba seprti tiada perasaan T T lihat, aku ok KAN? tapi aku cakap umur 25-26 adalah waktu yang sedang elok molek comey ganteng untuk kahwin. bagaimana dengan gf aku itu? YA, dia juga belum mempunyai steady bf, sama seperti aku yang masih single mingle dan jingle! jadi, dia ialah under one roof sepizzahut dengan aku.. *syumul sekali jawapan.
Jadi apabila diwaktu ini kita belum mempunyai bf pada umur 26, YA ulang dengan jaya, 26! kita tak perlu risau sebab angka 3 masih jauh lagi. tak perlu nak duduk dihujung jambatan sambil memegang bunga dan mencabut kelopaknya satu persatu seperti dalam drama korea. Kita hanya perlu releks dan cuba mencari alternatif lain seperti keluar berfoya-foya dengan GFF's atau melepak di kedai mamak sambil tu boleh belajar buat roti canai. silap hari bulan mamak tu masuk meminang kita : )
Oleh demikian, kepada rakanku yang satu itu, janganlah anda cuak, kerana aku pun CUAK JUGAK woh!!!
ok cerita pasal jodoh menjodohkan ni kita sambung dilain rancangan.

1 comment:

  1. sygku zurina..

    aku sgt fhm akan perasaan kau kini..dlm keceriaan kau itu sebenarnya tersirat satu kerisauan yg x kurang dalamnya..memang betul jodoh manusia itu telah ditentukan Allah sejak azali lg..namun ini tidak bermakna kita tidak perlu berusaha utk menemuinya..kalau tidak dengan mencari,memadailah dgn mengizinkan pintu hati itu dikuak sedikit pada si pemuja yg mengetuknya..

    "cuba.rasai.dan hayati salah satu dr anugerah Allah itu.pabila kau ketemu dgn empunya rusuk kiri itu,kau akan merasai kenikmatannya yg terindah"..

    (nasihat diatas tidak dipeliagat atau diambil dr mana2 petikan..sebaliknya lahir dari hati seorg teman yg ingin melihat temannya bahagia bersama insan yg bisa mencintai & menjaganya hingga ke akhir hayat.) Dengan rahmat Ilahi,semoga dirimu dipertemukan dgn pemilik 'rusuk kiri' itu..InsyaAllah. *isk,isk..ter emo plk aku neh.*

    ReplyDelete

gagau di