Powered By Blogger

Friday, January 22, 2010

mencari titik penyudah

Mood: bangun tido terus on laptop dan terasa nak menulis sesuatu :')

maaf kesibukan yang melanda akhir-akhir ini membuatkan aku teramat keletihan untuk update belog sendiri. Tapi ya bukan alasan sebenarnya untuk menjadi penulis belog berjaya lagi hensem..YA YA ambil maklum perkataan hensem itu.
dalam hidup ini, kadang kala kita akan berjumpa satu keadaan atau perkataan gempak sikit senario (wah, ayat bos..tapi bukan senario yang ada 4 org tu ya) dimana kita mungin berhadapan dengan situasi yang sukar untuk kita buat keputusan. kita cuba untuk buat tapi..eerrrrkkhh..sukar..ya bunyinya sungguh sukarkan. begitulah yang dirasai kini. Kita rasa apa yang kita buat selama ini betul. kita rasa kita sudah cukup matang dalam menilai erti hidup. tapi kita juga boleh jadi silap dengan tanggapan-tanggapan klise itu.
jadi kesimpulan hakiki ialah bertanya orang sekeliling tentang diri kita. tanya lah banyak-banyak (ini menunjukkan memang banyak) kali sampai org sebelah rasa nak siku je buah pinggang kita. buat dia sampai boring. asalkan kita dapat jawapan yang kita nak. pertanya itu perlu lah berkisar tentang persepsi dia terhadap cara kita membawa diri, perawakan (tak faham cek buku teks Jasmani Form 4) dan cara kita deal dengan masalah. lepas itu baru kita tahu samada kita ini matang ke belum lagi. mungkin masib perlu tidur dalam kepompong sebab belum matag. wah, comel macam rama-rama kecik T T diri rasa teruja.
dalam pada mencapai titik penyudah itu, percayalah kita akan lalui pelbagai pengalaman. titik penyudah yang dimaksudkan ialah pencapaian ke arah penyelesaian sesuatu masalah atau pencapaian dalam hidup.. kahwin ke.. wow! : ) gatal nik zurina ni. kena beritahu Cik Milah
cepat-cepat baru dia rasa ada urgency kena cari teman sekarang..ya sekarang! :P
Okay Okay.. noted. inilah kejadian jika baru bangun tido terus nak menulis sesuatu. mungkin bau yang unik dari badan sendiri menyebabkan perasaan itu tercetus. bagai diletakkan gula melaka ke atas fuji snow pula! hem..yummy! nak FUJI SNOW!!!!!
-TAMAT-

2 comments:

  1. bila mak nenek mula bersuara..merapulah jadinya..tambahan lg menulis dlm keadaan belum mandi..lagi la.. ~dangg! <--pengsan.

    kesalahan ejaan yg dpt dikenalpasti disini:
    1. mungin = mungkin
    2. masib = masih
    3. matag = matang
    noted..all starts with M bererti mangkuk,sila perbaiki..nak kata x cukup tido, tido berlebih sampai bangun pun da tengahari..

    statement.. "wow! :) gatal nik zurina ni.", mmg sgt betul. da tau gatal,kawen la cpt. ~miahahaha..

    sekian saja komen utk hari ini.

    ReplyDelete
  2. OK OK Noted atas semua kesalahan tatabahasa tersebut. akan dibaiki. budak pipi tembam bermata sepet ni kadang kala suka salah eja. ia seperti sarapan pagi T_T

    ReplyDelete

gagau di