Powered By Blogger

Friday, November 12, 2010

NASI

entry aku kali ni simple je. pasal NASI. ya, NASI..iaitu makanan ruji masyarakat Asia dan kesukaan menjilat jari rakyat Malaysia, particularly aku, penggemar tegar nasi!
Melalui kajian kilat aku atas tajuk "keburukan nasi" dimana keluar macam-macam entry pasal nasi termasuklah tiba-tiba bertukar menjadi "kebaikan hati" *wtfish* nasi mengandungi perkara berikut:
1) Nasi menyebabkan kecanduan sebab kau tak makan sehari je dah rasa kelaparan dan merasa sangat ingin makan nasi lagi T_T
2) Suku-suku pada zaman batu yang tidak pernah makan nasi terbukti tak pernah mengidap tumor, Alzheimer, osteoporosis, ataupun Parkinson
*kalau kau tak makan nasi pun, ada kemungkinan gak ko kena penyakit-penyakit ni*
3) Makan nasi dapat menyebabkan rasa haus alias *mungkin author sebenar nak cakap si Alias, haus* menyerap air. Padahal tubuh kita sebahagian besar terdiri dari air
4) Dalam kondisi tertentu, makan nasi meningkatkan risiko kematian.
Misalnya makan nasi sambil jalan di tengah jalan tol
*terbit perasaan bercamPur baur antara nak ketawa atau geleng-geleng kepala*
dan yang paling tak boleh blahh ialah...
5) Makan nasi menyebabkan keinginan mengkonsumsi sayur dan lauk.
Misalnya nasi ayam (nasi + ayam goreng), nasi kucing (nasi + kucing goreng).
Hal ini boleh menyebabkan obesiti.
Dalam kulit kacang (in a nut shell) dari maklumat yang aku dapat:
SATU PUN TAK BOLEH PAKAI!!! KO MAKAN JELAH NASI TU DALAM KUANTITI TERKAWAL. LEPAS TU KAU BERLARI ATAS THREADMILL 2 JAM. KURUS KAU LEPAS TU WOOHH...SELAMAT MENCOBA PUAN-PUAN :)

2 comments:

  1. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

    ReplyDelete
  2. macam pernah kudengar ucapan ini..tapi dimana yaaa??? hah hah ;p

    ya ya, kebas je la nasi tu. jangan ditunggu.kalo nak warna warni sket, goreng telur+kicap! pergggghhh!!! terangkat beb! sedapp! :)

    ReplyDelete

gagau di